August 27th, 2009 by FarCry3r


Jika anda ada membeli tetikus atau papan kekunci berjenama Microsoft seperti saya, anda pasti menghadapi masalah untuk memasang pemacu untuk tetikus atau papan kekunci Microsoft ini. Ini adalah disebabkan pemacu didalam cakera padat yang dibekalkan bersama tetikus atau papan kekunci Microsoft tidak serasi dengan Windows 7.
Read the rest of this entry »
August 27th, 2009 by FarCry3r

Jika anda pengguna WinRAR, saya ada berita baik untuk anda. Alexander Roshal telah menyediakan versi lengkap 3.90 untuk percubaan selama 30 hari boleh dimuat turun di laman web WinRAR. Kelebihan ketara bagi versi ini adalah terdapatnya dua versi berasingan bagi platform 32-bit dan 64-bit. Versi 64-bit membolehkan integrasi WinRAR dengan Windows Explorer didalam sistem operasi 64-bit yang lebih baik, dan prestasi WinRAR 64-bit adalah lebih baik berbanding WinRAR 32-bit terima kasih kepada sokongan memori lebih dari 4GB.
Read the rest of this entry »
August 26th, 2009 by FarCry3r

Microsoft telah melancarkan versi terbaru sebagai naiktaraf kepada perisian antivirus percuma, Microsoft Security Essentials yang boleh diguna didalam sistem operasi Windows XP, Windows Vista dan Windows 7. Versi terbaru ini boleh didapati dari Microsoft Connect. Walaubagaimanapun, ianya telah ditarik balik atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan. Anda masih boleh mendapatkan versi terbaru ini dengan menaiktaraf versi yang lebih lama.
Read the rest of this entry »
August 26th, 2009 by FarCry3r

Selamat datang saya ucapkan kepada pembaca blog myWindows7. myWindows7 adalah satu blog yang akan menyediakan kandungan-kandungan untuk platform sistem operasi dari Microsoft, iaitu Microsoft Windows 7 secara khususnya, dan segala produk Microsoft secara amnya dan juga mengenai perisian-perisian untuk digunakan didalam sistem operasi Windows 7. Segala kandungan adalah didalam Bahasa Malaysia.
Saya harap anda akan mendapat manfaat serta ilmu yang berguna dari blog ini.
Yang benar,
FarCry3r