Kaspersky Antivirus for Windows Workstation 6.0 Maintenance Pack 4
September 23rd, 2009 by FarCry3r
![]()
Kaspersky Lab telah mengambil langkah seterusnya untuk menyokong sistem operasi Windows. Kaspersky Antivirus for Windows Workstation 6.0 Maintenance Pack 4 versi Release Candidate boleh didapati sekarang
Kaspersky Lab mengumumkan yang versi Release Candidate untuk Kaspersky Antivirus for Windows Workstation 6.0 Maintenance Pack 4 dengan sokongan untuk Windows 7 telah dikeluarkan. Ini adalah langkah langkah berikut untuk menyokong sistem operasi serba baru dari Microsoft. Kaspersky Lab adalah diantara syarikat antivirus pertama yang menyokong Windows 7 pada Januari 2009 dengan mengeluarkan Kaspersky Antivirus Technology Preview for Windows 7.
Kaspersky Antivirus for Windows Workstation menyediakan perlindungan berpusat untuk semua stesen kerja didalam rangkaian korporat dan melindunginya dari segala jenis malware kontemporari, crimeware, dan segala jenis ancaman siber termasuklah virus, trojan, worm, spyware, phishing dan serangan penggodam.
Kaspersky Antivirus for Windows Workstation 6.0 MP4 menggantikan Kaspersky Antivirus Technology Preview for Windows 7 dan sekarang ditingkatkan dengan sistem pengurusan yang mana turut menyokong Windows 7 – Kaspersky Administration Kit 8.0.
Kaspersky Administration Kit 8.0 adalah versi seterusnya bagi konsol pengurusan dan ia mengandungi segala yang diperlukan untuk melindungi rangkaian serta merta selepas pemasangan, dengan senario penyebaran baru (termasuk penyebaran 1-klik (1-click deployment) dan sokongan penyebaran berasaskan GPO) dan ketetapan asal yang paling optimum.
Buat masa sekarang, Kaspersky Administration Kit 8.0 juga masih didalam status Release Candidate dan dijadualkan untuk dipasarkan pada musim luruh tahun ini.
Nota: Ini adalah berita baik bagi organisasi / perniagaan / kementerian atau badan-badan kerajaan yang masih menggunakan Kaspersky Antivirus for Windows Workstation 6.0 MP3 yang ingin bertukar kepada sistem operasi Windows 7 tetapi dalam masa yang sama tidak ingin bertukar dari penyelesaian antivirus dari Kaspersky Lab. Anda masih boleh menggunakan lesen lama anda dengan Kaspersky Antivirus for Windows Workstation 6.0 MP4 selagi ianya masih sah.
Anda boleh muat turun versi Release Candidate Kaspersky Antivirus for Windows Workstation 6.0 Maintenance Pack 4 (MP4) dan Kaspersky Administration Kit 8.0 dari pautan dibawah:
Kaspersky Antivirus for Windows Workstation 6.0 MP versi 6.0.4.1150 (59.0 Megabait)
Kaspersky Administration Kit 8.0 versi 8.0.2013 (291.0 Megabait)
- No Comments »
- Posted in Keselamatan, Sistem Operasi, Terbaru