Microsoft Security Essentials Keluar Dari Status Beta!

September 30th, 2009 by FarCry3r

Microsoft Security Essentials

Pada hari ini, 30/09/2009, Microsoft telah melancarkan versi lengkap untuk penyelesaian antivirus Microsoft Security Essentials. Anda boleh memuat turun Microsoft Security Essentials dari pautan ini atau melalui pautan terus di penghujung artikel ini.

Microsoft Security Essentials membekalkan perlindungan masa nyata untuk komputer anda untuk menentang serangan virus, spyware, dan lain-lain perisian berbahaya.

Microsoft Security Essentials adalah muat turun percuma dari Microsoft yang mudah untuk dipasang, mudah digunakan, dan sentiasa dikemaskini supaya anda sentiasa pasti yang komputer anda dilindungi dengan teknologi terkini. Amat mudah untuk anda mengenalpasti jika komputer anda selamat, jika status Microsoft Security Essentials berwarna hijau, anda tidak perlu risau.

Microsoft Security Essentials dijalankan secara senyap dan efisyen dibelakang tabir supaya anda bebas menggunakan komputer berasaskan Windows tanpa gangguan atau waktu menunggu yang lama. Jika anda memerlukan bantuan, anda boleh melawati laman web bantuan Microsoft Security Essentials atau bertanyakan dengan saya.

Microsoft Security Essentials serasi dengan sistem operasi Windows XP, Windows Vista dan Windows 7 dan boleh digunakan bersama-sama perisian firewall persendirian tanpa sebarang masalah. Untuk menggunakan Microsoft Security Essentials, anda mesti menggunakan sistem operasi Windows yang asli atau pemasangan Microsoft Security Essentials tidak akan dapat diteruskan.



Muat Turun Microsoft Security Essentials 1.0.1611.0

Microsoft Security Essentials untuk Windows XP 32-bit (8.61 Megabait)

Microsoft Security Essentials untuk Windows Vista/Windows 7 32-bit (4.28 Megabait)

Microsoft Security Essentials untuk Windows Vista/Windows 7 64-bit (4.71 Megabait)

Tinggalkan balasan