WinRAR versi 3.90 32-bit dan 64-bit sedia untuk dimuat turun
August 27th, 2009 by FarCry3r

Jika anda pengguna WinRAR, saya ada berita baik untuk anda. Alexander Roshal telah menyediakan versi lengkap 3.90 untuk percubaan selama 30 hari boleh dimuat turun di laman web WinRAR. Kelebihan ketara bagi versi ini adalah terdapatnya dua versi berasingan bagi platform 32-bit dan 64-bit. Versi 64-bit membolehkan integrasi WinRAR dengan Windows Explorer didalam sistem operasi 64-bit yang lebih baik, dan prestasi WinRAR 64-bit adalah lebih baik berbanding WinRAR 32-bit terima kasih kepada sokongan memori lebih dari 4GB.
- 2 Comments »
- Posted in Pengurusan Fail, Perisian